Friday, October 23, 2015

Sailang bukan sebarang SAILANG!

Entah kenapa sehari dua ni rajin pulak aku nak mengarut2 kat blog ni, harap2 bukan kerana buang tebiat lah. Kali ni aku nak cerita kat korang sakitnya hati bila kita tau kita kena SAILANG! Errr korang tahu kan apa makna sailang tu? Kalau tak tau meh aku kasi sikit pencerahan, sailang tu bahasa pasar yang bermaksud 'kena rampas' atau kena 'potong line' dan seangkatan dengan nya lah.

Ni aku nak cerita sikit lah pasal kisah 'JOB' aku kena sailang. Kisah awalannya bermula lama dahhh, hujung tahun 2014 lagi, bulan november. Ceritanya satu agensi pengiklanan telah bersetuju dengan sebut harga aku untuk mengambil gambar 'interior' rumah yang akan di gunakan dalam iklan serta bilbod. Sebut harga aku tu pun bukannya mahal, maklumlah katanya mereka cuma perlukan 4 keping foto saja, lagi pun klien tadak bajet katanya. Ayat biasa la tuh. Setelah kedua2 pihak bersetuju, aku pun tunggu tarikh nak shooting lah. Tunggu punya tunggu, tertangguh2 la pulak. Biasa la, aku rilek ajer.
logo ini adalah hiasan semata2....

Bulan November tu aku telah ke India dua minggu, untuk trip Yes India, Pushkar Mela. Bila balik agensi yang sama call, minta sebut harga utk job fotografi yang lain pulak. Katanya ini adalah untuk pembungkusan produk kopi yang di keluarkan oleh syarikat yang agak ternama juga di malaysia ni. Aku macam biasa lah, ON ajer. Kasi sebut harga, juga telah di persetujui oleh mereka. Agaknya harga aku tu murah sangat la kot (dalam pada tu derang bertawar menawar jugak).

Dalam masa yang sama mereka kasitau JOB interior tu mereka dah jalankan, menggunakan fotografer lain, pasal klien nak cepat, aku pulak kat India masa tu. Macam biasa aku Okeyyy jer. Aku anggap tadak rezeki jer. Aku ni COOL jer kalau korang dah kenal. Takderlah sesombong raut muka... hahah.

Hari berganti minggu, ada jugak aku bertanya bila mereka nak selesaikan sesi foto untuk produk kopi tu? Senyapppp.... tiada call, tiada sms, tiada email dari mereka. Bila kitorang tanya, adalah alasan2 nya. Akhirnya aku buat bodo jer lah. Anggap lah TIADA rezeki aku juga! Kita kena COOL geng, hidup kita di teruskan, ada banyak tempat lagi kita boleh cari rezeki.

Sekarang ni dah penghujung bulan oktober 2015, bermakna hampir cukup setahun perkara tu berlalu.

Aku baru mendapat tahu, Creative Director yg baru masuk agensi tersebut telah menyerahkan job interior yang sepatutnya aku shoot  kepada fotografer lain dengan harga enam kali ganda dari sebut harga aku. Aku terkedu kerana CD itu merupakan seorang melayu yang sangat senior dan terhormat dalam dunia pengiklanan. Lebih best lagi, job kopi yg sepatutnya aku buat tu beliau serahkan kepada fotografer lain, rakan kepada anaknya.

Moral cerita ini adalah "nasi yang telah di kunyah di dalam mulut pun boleh tersembur keluar" jika itu bukan rezeki yang tertulis untuk kita. Juga dalam dunia foto kemersial ni, harga bukan segala2nya kualiti pun bukan segala2nya. Yang penting adalah NETWORK! ya NETWORK! apa setengah2 orang cakap KABEL! ya KABEL!! atau pun 'know who' bukannya 'know how'.


Sekian.

p.s; foto yang sangat MAHAL tu korang boleh lihat di billboard J***W*** yang merentang NKVE dekat exit Damansara.

No comments:

Post a Comment