Ramai di kalangan fotografer yang teringin sangat untuk
mendapatkan foto2 yang cantik dan bermakna. Mereka menunggu ‘Tuah’ datang
bergolek, percayalah perkara ‘tuah’ datang bergolek amat jarang berlaku. ‘TUAH’
perlu di cari atau di cipta. Segala perkara yang baik akan berlaku pada kita
melalui usaha keras yang tidak pernah kenal jemu dan jelak. Segala gambar2 yang
bagus akan kita perolehi melalui pelbagai perancangan serta usaha yang tidak
kenal jemu. Kita perlu mengenal pasti subjek, lokasi, peralatan, perbelanjaan,
teknik dan sebagainya.Gambar yang cantik bukan sahaja berkisar pada subjek,
ianya juga bergantung pada lokasi, prop, sudut pandangan, serta waktu gambar
tersebut di ambil.
Baru baru ini aku dan JohanAriff, telah berpakat untuk
menghasilkan foto ‘orang menjala’. Di
akui bahawa tidaklah terlalu sukar untuk mendapatkan gambar orang menjala,
tetapi untuk mendapatkan gambar orang menjala yang ‘sedap’ di pandang aku kira
agak sukar. Kerana foto itu perlu mengambil kira tempat, kostum, peralatan,
pencahayaan, sudut penggambaran, serta waktu ianya diambil. SUKAR bukan? Tetapi
TIDAK MUSTAHIL!
Lokasi yang masih lagi rahsia, tunggu sehingga waktu yang sesuai...
Perancangan di buat, pertama pencarian lokasi, yang terletak
agak jauh dari Bandar. Letaknya di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Kami menyusuri
anak sungai yang di gunakan oleh penduduk tempatan untuk menyeludup beras siam
tersebut dan ternyata lokasinya amat sesuai sekali.
Rakit di ambil dari tali air di Tumpat...
Kedua, mendapatkan prop utama, iaitu sebuah rakit. Kami
mendapatkan rakit tersebut dari sebatang tali air di Daerah Tumpat, Kelantan.
Dengan menggunakan sebuah lori kecil rakit tersebut dia angkut ke anak sungai
tersebut yang berjarak sekitar 20 km.
rakit naik lori: upah lori RM50
Rakit yang sudah di pindahkan dari Tumpat, kini di Pasir Mas.
Ketiga, mendapatkan orang untuk menjala. Kami bernasib baik
kerana ada anak muda di tepi sungai tersebut yang pandai menjala serta sanggup
mengambil bahagian dalam projek tersebut.
panjat pokok, berendam dalam sungai: demi untuk gambar
Ke empat, mengambil gambar. Satu proses yang selalu di ambil
mudah oleh sesetengah fotografer, serta di pandang amat mudah oleh orang ramai.
Nak tahu bagai mana susahnya nak dapatkan gambar yang cantik? Korang tengok ni,
bagaimana susahnya aku panjat pokok serta berendam dalam sungai… kalau
tersandung akar, alamat lenjunlah kamera ku …. Namun itu lah risiko yang perlu
di hadapi demi untuk sekeping foto yang menarik.
Untuk pengetahuan semua, di sinilah nanti lokasi praktikal
untuk BENGKEL FOTOGRAFI BERSAMA RARINDRA PRAKARSA ke-2 yang bakal dianjurkan
lagi di KB pada bulan Mac 2013. TUNGGUUUUUU……
mmg menarik ni bang.. :D
ReplyDeleteadowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
ReplyDeleteTerima kasih bang ... memang membuka minda ni..
ReplyDeletememang terasa kesusahannya...
ReplyDelete