Monday, July 1, 2013

FOTOku - satu analisis komposisi oleh STOCKIE.

WAHH!! hampir setahun aku tidak mengemaskinikan blog ku ini, sibuk? sudah semestinyalah... :) Kali ini aku ingin berkongsi analisis komposisi yang telah di buat oleh En. Khairul Azhar Ramli a.k.a. STOCKIE ke atas sekeping dari foto kepunyaanku. Foto ini telah di ambil di Lembah Harau, Bkt. Tinggi, Padang, Indonesia.

Menurut Stockie:


1. Daripada sudut Rules of Third, memang best. Subjek dan perspektif sungai macam di susun susun.

2. Keseimbangan. Walaupun kedudukan subjek di sisi, tetapi kewujudan bayangan dan leading line, menjadi paksi teguh kedudukan subjek.

3. Apabila subjek berat kesebelah kiri, kawasan darat di sebelah kanan sungai menjadi pengimbang kepada keseluruhan frame.

4. Kedudukan 'dongak' mak cik selari dengan leading line yang di bentuk oleh sungai.

5. Mak cik berdiri tegak di paksikan oleh 2 garis kebawah mengukuhkan lagi keseimbangan.


6. Kehadiran corak geometrik yang konsisten.



Demikian lah analisis saudara Stockie ke atas gambar terbaruku. Semoga ini dapat membantu rakan2 memahami dengan lebih jelas lagi tentang 'KOMPOSISI'

SEKIAN.

No comments:

Post a Comment