Monday, December 27, 2010

India - Entri 2

 TAJ MAHAL.......


Sebuah kuburan tugu cinta yang paling terkenal di dunia, di bina oleh Maharaja Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz Mahal. Mengambil masa selama 22 tahun untuk di siapkan dengan menggunakan seramai 20 ribu orang pekerja. Bangunan yang sangat sempurna dari segi rekabentuk serta reka hiasnya. Di bina dari batu marmar putih sepenuhnya. Disinilah bersemadinya Mumtaz Mahal dan kemudiannya Shah Jahan, bersama2.

Kubur ShahJahan dan Mumtaz

Melangkah masuk pintu gerbang untuk ke Taj Mahal merupakan satu pengalaman yang sukar untuk di gambarkan kerana nun di depan sana tersergam megah sebuah monumen cinta agung dahulu kala. Sebuah binaan yang selama ini hanya aku lihat di mukasurat buku atau di kaca tv. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa aku terpegun melihatnya.

Pelawat bertali arus, tanpa henti dari pagi hingga ke petang.

Kini Taj Mahal menjadi produk pelancongan terpenting India, memang bijak maharaja Shah Jahan, walaupun beliau membelanjakan wang yang banyak semasa membinanya dahulu, kini bangunan tersebut menjana pendapatan yang bukan sedikit untuk rakyat dan negara India. Pelancong kena bayar 750 rupee untuk masuk kesini. Ha ha ha... kadang2 aku rasa itulah kewajarannya membuat projek mega. Bukan untuk untung segera, tetapi untuk di nikmati oleh generasi kemudian.

Walau pun aku kurang gemar 'posing'... namun ku gagahkan juga, kerana di belakangku adalah TAJ MAHAL.

Aku mengambil masa yang agak lama untuk melangkah kakiku kearah tamannya yang saujana mata memandang itu. Aku berdiri lama... menikmati keindahan seni bina Mughal itu. Sambil sekali sekala menekan shutter kamera. Manusia yang bertali arus masuk, kadang2 melanggar aku. 'Aku sudah berjaya menjejakkan kakiku ke Taj Mahal' kata hatiku, kini cuma dua tempat lagi yang mesti aku jejakkan kaki iaitu, egypt dan Masjidilharam. Insyaallah, tahun 2011 aku akan kesana. 

Tekadku.


Tuesday, December 21, 2010

INDIA: entri 1

Tompok-tompok BUKAN tahi unta...

Bagaimana aku ingin ceritakan tentang sebuah negara yang kisahnya telah banyak di tulis sepanjang peradaban manusia ini. Mungkin dari sudut 'terkejutnya' aku apa bila melihat India dengan mata kepala sendiri buat pertama kalinya... :)
Banyak perkara2 yang aku rasa agak aneh dan tidak dapat di terima akal, pada awalnya. Namun hal itu beransur2 menjadi pemandangan biasa. Lalu aku pun 'alah bisa tegal biasa' jadinya.

Sewaktu ketibaan aku pada 11 dec 2010, India berada dalam awal musim sejuk. Suhu di lapangan terbang Indira Ghandi berada sekitar 5-8 darjah celsius. Pada ukuran kita orang Malaysia, itu dah sangat sejuk :). Keadaan di airport..OK. Namun ianya agak berbeza apabila kami mula merentas bandar Delhi untuk ke hotel, barulah aku rasai betapa berbahayanya memandu di Delhi ini...

Apa yang aku lihat, cara pemanduan mereka sangatlah kelam kabut, selit menyelit perkara biasa, hon di bunyikan sahut menyahut. Bagaikan satu pesta 'hon'. Anehnya tiada orang yang marah jika di hon. Kalau di Malaysia, pasti dah kena jegil biji mata. Kereta, motosikal, lori membelok tanpa signal ( atau memang dah tak ada lampu signal ha ha). jalan 2 lorong jadi 3 atau 4 lorong. Dari jauh kita boleh lihat perkataan "PLEASE HORN atau BLOW HORN" tertulis dalam pelbagai warna di bontot2 bas atau lori, kini fahamlah aku bila orang di sana begitu mudah menekan horn..... ha ha ha.... lain padang lain belalang ......
Percayalah... yang bertompok2 tu adalah najis manusia... kering dan basah ha ha ha.... hati hati jalannya cik ritz oiii....

Seperkara lagi adalah tentang kebersihan, hampir semua kawan2 aku berpesan apabila ke India, jaga makan dan minum, kerana tahap menjaga kebersihan disana jauh berbeza dgn di sini. He he... kat India kita boleh melihat manusia kencing dan berak di tepi tepi jalan.... mereka boleh kencing di tembok2 tepi bus stop atau dinding2 kedai... ha ha ha jangan sekali2 menyandar sesuka hati di tembok2 di sini..... bahaya beb! Mereka boleh berak di atas kaki lima jalan atau di mana2 sahaja tempat kosong. Sumpah!! dulu aku tak percaya apa yang orang cakap, kini selepas melihat dan mengambil gambar perbuatan mereka itu baru lah aku percaya... jadi kalau ke India, disamping mata memandang sekeliling, jangan lupa pandang kebawah... ha ha ha

Satu pertandingan di pagi hari?


sekali lagi... LAIN PADANG LAIN BELALANG....

DUNIA INI BULAT......

Hampir dua tahun yang lalu aku pernah menulis dalam blog ini tentang bekas tempat kerja lama aku yang bergelar DAtangWAlauMAlas itu, tentang bagaimana ianya melayan pekerja2 nya bagai sampah. Sebuah syarikat bumiputera seratus peratus yang sepatutnya menjadi payung kepada pekerja Bumiputera yang bernaung mencari rezeki di dalamnya. Namun apa yang terjadi tidaklah sepertimana yang diharapkan. Bagaikan mengharap panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari rupanya.

Pada mesyuarat pertama di syarikat itu ( 2002) aku telah melihat bagaimana 'dendam' telah menyebabkan seorang penolong pengurus pemasaran telah di maki hamun oleh salah seorang 'tuan punya' syarikat. Kenapa aku mengatakan 'DIA' itu tuan punya syarikat?? ... kerana ayat kegemarannya adalah "this is my company, bukan kompeni bapak kau punya"...

Semenjak itu setiap tahun ada sahaja para pekerja yang mengundur diri terutama dari kalangan pengurusan. Namun itu bukan lah satu hal yang pelik, pekerja datang dan pergi. Patah tumbuh Hilang berganti, namun aku tahu mereka pergi kerana tidak mahu maruah di injak injak oleh seorang manusia yang sudah mati rasa.

Kenapa aku mengatakan 'dia' sudah mati rasa?

... kerana sudah tiada rasa belas dan ehsan dalam dirinya terhadap manusia2 yang bersusah payah berkorban untuk kemajuan syarikatnya itu. Aku tak nak cerita lebih lebih kat sini kerana semua itu telah berlalu. 

Namun begitu bak kata orang tua2 'Bumi ini bulat"...' hidup ini bagai roda'... sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah....Hari ini aku mendapat perkhabaran bahawa 'DIA' telah tidak di jawatannya yang sangat tinggi itu... Ada yang kata dia meletak jawatan, ada juga yang kata dia telah di pecat. DIPECAT!!?? gila ka?? itu kan kompeni dia... ha ha ha

Itu lah dia renungan untuk kita semua... kesombongan itu bukan milik manusia. Hanya Allah sahaja yang berhak sombong. Tapi manusia cepat jadi sombong apabila mula berasa kaya dan berkuasa......

Renung renungkan, sekian.

p.s. : aku dengar semasa diiring untuk mengambil barang2 peribadinya dalam pejabatnya yang hebat itu dia bertanya pada pengurus pentadbiran " apa salah saya di perlakukan begini?"....... erkkk korang rasa apa ek??