Bulan Disember 2014, bakal di kenang sebagai bulan bencana
banjir terburuk di Pantai Timur, terutamanya Kelantan dan Malaysia amnya.
Banjir mula melanda Pantai Timur bermula pada 23 disember dan semakin memburuk
pada 25,26, 27 disember terutamanya di kawasan Ulu Kelantan. Bandar Kuala Krai
Lumpuh sepenuhnya kerana di tenggelami air. Banyak kampung2 di Krai yang di
tenggelami air sehingga ke rabung2 rumah.
Kampung Manek Urai, Dabong, Kemubu, Pahi, dan banyak lagi kampung2 yang berada di kawasan yang sama mengalami kemusnahan yang dahsyat. Jika kita melihat pada kemusnahan harta benda, ianya seolah2 dilanda tsunami, mujurlah tidak dari segi kehilangan nyawa.
Pemandangan biasa di kampung2 yang terlibat.
Ingin sekali aku mendokumentasikan peristiwa besar ini,
namun apa daya, sewaktu kemuncak banjir, segala cara perhubungan terputus,
kecuali jika anda ada helikopter . Sebaik air mulai surut dan jalan boleh
dilalui, aku pulang untuk menjengok keadaan rumah mak dan mak mertua yang teruk
juga di tenggelami air. Perjalanan balik pada 27 disember itu agak tenang,
tidak banyak kenderaan di jalan, mungkin mereka masih tidak pasti dgn keadaan
jalanraya. Perjalanan agak terganggu apabila menghampiri Manik Urai, kerana
terdapat jalan yang roboh serta hanya boleh di lalui selorong sahaja. Kesesakan
sehingga 5 km. Aku memerlukan masa lebih sejam utk melepasi kawasan tersebut.
Bagai di langgar garuda.
Kawasan tersebut gelap gelita, kerana bekalan letrik sudah
terputus, dengan hanya di terangi lampu kereta, aku dapat lihat rumah2 yang
rosak di kiri kanan jalan. Kerosakan yang bukan sedikit, rumah kayu yang
beralih tempat, tangga batu yang tegak, tapi rumahnya ntah di mana, rumah batu
dua tingkat yang berselut sehingga tingkat atas. Melihat keadaan itu aku
terfikir apalah nasib rumah orang tuaku.
Mujurnya rumah orang tua kami, di Kota Bharu dan Pasir Mas
masih utuh, cuma terdapat kerosakan barang2 serta pakaian serta kenderaan yang
tidak sempat di selamatkan. Namun semuanya selamat.
Bercerita tentang
pasca banjir di Kuala Krai, Aku dan isteri menyertai misi bantuan MAPIM, menyampaikan
bantuan untuk mangsa2 banjir. Aku telah melihat dengan mata sendiri, mendengar
rintihan mangsa dengan telinga sendiri serta merakam suasana selepas banjir
dengan kamera sendiri (Samsung NX1).
Misi bantuan yang masuk ke kampung Manik Urai
Masih sukar mempercayai apa yang berlaku
Lihatlah kemusnahan yang berlaku di pinggir Sungai Lebir
Selut di dalam rumah kedai ini mencecah betis...
Disini barulah jelas kepada aku tentang apa sebenarnya yang
berlaku, bagaimana mereka yang tinggal di Manik Urai lama terpaksa memanjat
bumbung rumah dua tingkat utk selamatkan diri dari air yang derasnya bagai
peluru. Mujurlah ada individu2 yang bergadai nyawa memandu bot datang
menyelamatkan mereka di dalam keadaan gelap gelita, mereka cuma berpandukan
lampu suluh sahaja utk mencari arah. Orang2 begini sepatutnya di beri
penghormatan besar kerana keberanian yang tiada taranya itu.
Dahulu (3 hari sebelum) disitu tegaknya stesen keretapi Manik Urai.
...bersarapan di hadapan papan tanda, di belakang papan tanda itu 'dulu' adalah rumah mereka.
Inilah dia ukuran tingginya air di atas landasan keretapi di stesen Manik Urai, tiang telegraf tu adalah setinggi rumah dua tingkat.
Stesen keretapi Manik Urai, tidak kelihatan, yang tinggal
cuma papan tanda serta peti besinya sahaja. Begitulah dahsyatnya penangan
banjir kali ini. Umum mengetahui, biasanya stesen keretapi akan di bina di
kawasan yang tinggi. Mengikut cerita mak saya, dahulu, kalau musim banjir,
mereka akan berpindah ke stesen keretapi kerana tempat itu lebih tinggi dan
selamat. Kali ini lain sangat ceritanya. Sungguh tragis, melihat sepasang suami
isteri bersarapan di hadapan bekas rumah mereka, yg tegak di situ dua hari
lepas, kini tinggal ceracak2 saja.
Stesen Kemubu, landasannya tertimbus selut, di kejauhan kelihatan bukit yang gondol.
Jambatan keretapi Kemubu, putus dua.
Rumahnya juga 'hanyut'.
Gigih bertahan, demi kelangsungan hidup, walau terpaksa berkhemah di tapak bekas rumah.
'Mencari air' kini sungai Galas merupakan punca air utama.
Rumah bertenggek di atas jambatan... hanya di Kemubu.
Sementara itu di Kemubu, aku lihat jambatan keretapi besi
yang dibina sekitar tahun 1920an itu terputus dua. Kuarters pekerjanya hancur,
hanyut. Runah rumah di kampong tersebut banyak yang hanyut, yang tinggal
hanyalah tiang, tangga batu serta lumpur pekat setinggi lutut.
Begitulah! Air yang diminum seharian, menjadi pemusnah yang hebat, bila di kehendakiNYA.
No comments:
Post a Comment