Tuesday, June 10, 2014

YES INDIA phototravel… 2015?


Hari ini aku cuba2 untuk menduga air, nak tengok sejauh mana sambutan terhadap siri ‘travel photography’ yang nak aku jalankan pada tahun depan, jauh lagi masanya tuh. Entah sempat entah tidak dengan umur, ya tak? Ada sesetengah orang akan berkata “ada dekat 10 bulan lagi masanya, lambat lagi tuuuu”. Aku hanya senyum ajer, sebabnya MASA ITU BERLALU SANGAT PANTAS!

Saudara Muslianshah sangat teruja dengan simbahan debu warna...

Lagi pun trip yang jauh dan memakan masa yang lama begini memerlukan banyak ‘modal’. Jadi secara otomatiknya ia perlu di rancang lebih awal serta teliti. Tidak boleh main hentam keromo saja. Lagi pun kita yang nak berkelana sambil mencari gambar ni bukannya para jutawan atau bilionwan, petik jari semua terhidang! Kita cuma rakyat marhaen yang mencuba untuk mencari pengalaman yang berbeza di luar gelanggang selesa kita, dengan menggunakan ‘sumber’ yang ‘ketat’.

kumpulan pertama untuk trip YesIndia, dari kiri Asad Khan (guide), Irman, Yong, Rafidah, Ameens, Ariff, Yaman dan Ruzely. serta tukang gambar Rita.

Trip YES INDIA ni aku reka khusus untuk para penggemar foto yang ingin melihat dan merakam secebis penghidupan manusia di sebuah benua kecil yang di huni oleh lebih sebilion manusia. Jika kita berada di sana, pandang kiri kanan depan belakang, tiada lain selain kelihatan manusia dan lembu.

aksi biasa para pelancong...

Perjalanan selama lebih seminggu di sana akan ditemani oleh jurupandu tempatan yang berpengalaman lebih dari 20 tahun dan telah beberapa kali membawa pelancong serta jurufoto dari serata dunia mengelilingi negaranya yang besar itu.Ada orang cakap, lebih murah jika kita buat trip tu sendiri2, segalanya kita buat sendiri, tempah hotel, tempah ketapi, tempah bas dan lain2 semuanya sendiri. Tapi aku lebih suka menggunakan jurupandu tempatan kerana mereka lebih mahir dengan negara mereka.

Juara Sony World Photo Award 2013, saudara Yong N Yong (nama glamer)... 

Trip kali ini pun aku buat bersempena dengan Pesta warna atau holi festival yang jatuh pada 6 mac. Jika mengikut rancangan awal kami akan bertolak pada 27 feb 2015 dan pulang pada 8 mac 2015. Tiket flight masih murah sekarang, sekitar RM1100 utk Malindo Air. Ini juga merupakan salah satu sebab trip ni di rancang begitu awal.

Jal Mahal, Jaipur.

Lelaki gipsi di Pushkar.

Alhamdulillah, nampaknya sambutan sangat menggalakkan. Poster rasmi belum di naikkan di FB, tapi tempat sudah di tempah habis. (secara tidak rasmi). Segalanya akan muktamad bila setiap peserta yang berminat sudah membeli tiket masing2. Kira siapa cepat dia lah yang berpeluang ikut. Segala detail akan di muat naik di page YesIndia Photo Travel.

Sekian.

No comments:

Post a Comment