Orang tua2 berkata, ‘jauh berjalan, luas pandangan’. Memang
tersangatlah betulnya ungkapan tersebut. Namun tidak ramai yang sanggup
meninggalkan keselesaan serta kesenangan di rumah untuk sengaja ‘mencari susah’.
Bagi yang tidak pernah keluar dari daerah selesanya itu, hiduplah mereka bagai
‘katak di bawah tempurung’. OOppss!! Melalut pulak aku!
feri di pangkalan Mailepet, Siberut.
Aku baru sahaja pulang dari Pulau Siberut, Kepulauan
Mentawai, Sumatera Barat. Ini merupakan kunjungan ku untuk kali kedua. Aku
sedia maklum akan kesukaran perjalanan ke sana, namun demi pengalaman fotografi
yang tak terbanding, aku gagahkan jugalah. Untuk ke sana, aku menaiki kapal
terbang dari KLIA 2 ke Padang, makan masa satu jam. Lewat petangnya pula aku
menaiki feri dari Pangkalan Bungus di Padang menuju Mailepet di Muara Sungai
Siberut, Pulau Siberut, yang memakan masa 12 jam. Selepas itu aku naik pulak
bot pancung menyusuri sungai siberut menuju ke kampong Madobak, memakan masa 5
jam. Dari Madobak, aku terpaksa berjalan kaki naik turun bukit meredah hutan
dan hutan sagu ke Kampung Butui, memakan masa 4 jam.
Pangkalan perahu atau bot, anak2 mentawai riang ria bermandi manda.
Perjalanan yang panjang ini berakhir dengan kenyamanan air
sungai Butui. Sungai butui yang terletak di sebelah rumah etnik mentawai yang
aku kunjungi itu sememangnya merupakan nadi dan sumber air rumah tersebut.
Rumah Mentawai bersama reban ayamnya.
Berada di rumah mentawai butui ini mengingatkan aku tentang
kehidupan aku sewaktu kecil. Kelantan di tahun 70an. Di Butui tiada elektrik.
Malamnya gelap kelam di terangi bintang. Rumah di terangi cahaya pelita minyak
tanah dan lampu gasolin. Air minumnya di angkut dari sungai. Mandi manda,
membasuh juga di sungai.
Orang Mentawai yang masih bercawat atau memakai 'kabit'.
Segala kegiatan seolah2 berpusat pada sungai tersebut. Aku
‘melepas’ juga di sungai (terpaksa- aku takut melepas di semak, takut ular).
Rumah mentawai ini adalah rumah kayu beratap nipah. Mereka juga memasak dengan
menggunakan kayu api. Anjing peliharaan mereka bebas keluar masuk rumah.
Manakala babi peliharaan pula berkeliaran di luar pagar rumah.
Antara binatang peliharaan penting, 'babi'.
Orang Mentawai ini sangat menghormati tetamu, mereka akan
makan selepas tetamu kenyang. Mereka juga halus tutur katanya. Golongan muda
memahami bahasa Indonesia, manakala golongan tua, biasanya tidak. Golongan tua
masih lagi mengenakan pakaian tradisi iaitu bercawat. Manakala golongan muda
sudah mula meninggalkan cawat, mereka sudah berseluar dengri. Golongan anak2
pula ramai yang sudah bersekolah. Mungkin dalam masa 10 atau 15 tahun lagi
segalanya akan berubah secara total. MODEN.
Keadaan ruang hadapan rumah mentawai.
Tengkorak babi yang di jadikan hiasan di jenang pintu, kena berhati2 bila nak keluar masuk rumah, takut terhantuk.
Namun itu lah dia resam dunia, kita tidak akan mampu
mengekang arus perubahan, apa yang kita boleh lakukan sebagai seorang fotografer?
Kita cuma mampu mendokumentasikan segalanya tanpa rasa prejudis.
Yang berbaju biru itu bukan orang mentawai. Beliau adalah rakan fotografer.
sekian.
Tapi yg baju biru tu nampak macam sama jer
ReplyDeletebaju biru tu dah lama dok malay... dah tak ingat asalusul lagik. :P
Deletetengkorak babi? fuhh
ReplyDeleteya. semua rumah mentawai ada benda tu di hadapan pintu utama nya...
DeleteKagum dengan usaha gigih abam Yaman meneroka Mentawai dan mendokumentasi kehidupan mereka.. satu pengalaman menarik yang pastinya akan menghasilkan foto-foto yang lain dari yang lain.. syabas!
ReplyDeletetahun depan boleh lah Tuan Yamin ikut sama... :)
DeleteTuan Yaman bwk stock makanan sendiri kah ke sana?
ReplyDelete