Sunday, December 25, 2011

Island Photo Travel Dec 2011

Penghujung tahun 2011, untuk kesekian kalinya aku menjejakkan kakiku ke Semporna dan pulau2 sekitarnya, iaitu Maiga, Sibuan, Omadal, Bodgaya, Bohey Dulang, Gusungan serta Mabul. Sememangnya banyak lagi pulau2 lain yang masih boleh di terokai, namun masa tidak menyebelahi kami.



Dua orang anak Palaoh ini sedang mandi sambil bermain2 dengan tapak sulaiman yang banyak terdapat di pulau tempat mereka tinggal.

Trip foto travel ke pulau2 dalam lingkungan Taman Laut Tun Sakaran, di Semporna ini adalah merupakan satu perjalanan yang wajib dilakukan oleh para peminat fotografi di Malaysia. Di sini terdapat pulau2 yang cantik serta etnik2 yang tidak terdapat di tempat lain seperti Bajau Laut serta Palaoh. Cara hidup etnik Palaoh di pulau Bodgaya serta pulau Maiga amat menarik untuk di perhatikan. Mereka hidup di dalam perahu serta rumah2 yang di perbuat dari kayu bakau serta daun kelapa, mereka juga suka berpindah2 dari satu pulau ke pulau yang lain.



Sebuah bot baru selesai memunggah air tawar dari perigi di Pulau Maiga

Aku tidak pernah berasa puas walau pun sudah berkali2 aku mengunjungi kawasan ini, malah di penghujung setiap kunjungan  perasaan ingin datang kembali ke sini semakin membuak. Kawasan ini merupakan syurga bagi para penggemar fotografi genre human interest serta landscape. Pulau2 di kawasan ini juga merupakan tumpuan untuk para penyelam scuba seperti pulau Sipadan dan Mataking yang sangat terkenal di dunia itu.

Insyaallah pada tahun 2012 nanti aku akan membuat dua lagi perjalanan ke kawasan ini. Kali ini mungkin untuk melihat pulau lain pula, yang tidak kurang indahnya. Kepada para fotografer yang berminat untuk ikut serta nantikan pengumumanku. Yang pastinya ahli2 grup foto SilaJeles akan dapat ke sana pada bulan Jun nanti, tunggu pengumuman rasmi nanti di page SJ.

gambar bawah: dua orang kanak2 Palaoh di pulau Maiga berperahu di pagi hari

2 comments:

  1. tengok gambar aje dah teringin utk kesana tambahan lagi dpt merakam detik2 peristiwa dan sosial aktiviti mrk.

    ReplyDelete
  2. pergilah sebelum segala2nya tu... hilang di telan arus pembangunan.....

    ReplyDelete