Di belakang tabir...
Siang tadi aku berada di White Studio, mengikuti kelas pencahayaan studio oleh saudara Bustamam Mokhtar. Beliau merupakan seorang fotografer fesyen dan potret yang masyhur di Malaysia ini. Hampir semua orang pernah lihat hasil kerja beliau, terutamanya yang menghiasi kulit majalah Glam selama bertahun tahun. Pun begitu beliau juga banyak mengambil foto untuk kerja2 komersial.
Sesi pembelajaran berjalan dengan lancar dan santai, beliau amat mesra dan mudah didekati. Ternyata banyak perkara yang telah aku kutip sepanjang hari ini. Aku berasakan jumlah wang yang aku keluarkan utk mengikuti kelas ini berbaloi dengan hanya melihat bagaimana beliau menghasilkan giant softboxnya... manakala lain2 nya adalah merupakan pengetahuan bonus sudaaa... :D
Aku sedar bahawa kita boleh mencuba pelbagai cara pencahayaan yang boleh di dapati dari pelbagai buku atau dari internet. Namun, dengan melihat atau mempelajarinya secara first hand dari penggiat industri adalah merupakan satu peluang yang jarang jarang diperolehi serta tidak harus di lepaskan. Terutamanya kepada sesiapa yang ingin bergiat secara serius dalam arena fotografi studio. Kini ramai yang cuba2 mengadakan kelas2 lanjutan untuk studio fotografi. Namun mereka berkemungkinan bukan merupakan pemain dalam industri secara regular. Maka cara pengajarannya juga berkemungkinan kurang berkesan.
Berbeza dengan cara Bustamam, melihat pada set up lampu2nya, aku berasakan ianya boleh di lakukan dan foto yang terhasil juga sama seperti foto2nya yang selama ini aku lihat. ternyata beliau lebih memilih untuk menggunakan setup lampu yang sederhana, namun kadang2 berskala besar. Beliau juga tidak berselindung selindung tentang rahsia pencahayaannya. Aku tahu, apa yang di tunjukkan hari ini hanyalah sekelumit dari ilmunya sahaja. Tapi memadailah dengan masa yang terhad.
Akhir kata, nampaknya hari ini aku telah mempelajari beberapa perkara baru yang hebat! Namun tidak terlalu sukar untuk di lakukan terutamanya "cara untuk mengelakkan baju putih kehilangan detail semasa sesi di studio..." Akan aku segerakan praktikalnya di NeoStudio.....
sekian.
Semangat jugak saya, nak terus blajar fotografi..tq = )
ReplyDeletebelajar dan terus belajar....
ReplyDeleteknowledgeable entry..
ReplyDelete