Berbicara tentang foto2 yang bagus, tidak akan ada
hujungnya. Kerana terdapat banyak foto2 yang bagus dari ramai jurufoto yang
sentiasa berusaha untuk menghasilkan yang terbaik. Namun harus di ingat bahawa
foto yang bagus mestilah bertunjangkan kepada paksi yang teguh. Yakni, dari
segi penceritaan, komposisi,eksekusi, isi, serta hal hal teknikal kamera dan
pengeditan.
5 foto ku terpilih untuk tahap pertama GAWPC 2014
Namun jangan terkeliru antara foto yang bagus dan bercerita
dengan foto yang cantik semata tanpa pengisian cerita. Agak sukar untuk
membezakan ini, kan?
Sering kita bertanya kenapa foto yang kita rasa biasa2 saja
tapi mampu menjadi juara pertandingan foto yang besar2. Sebelum itu kita kena
bertanya, adakah kita melihatnya melalui mata semata, atau melalui mata dan
minda? Jika kita melihat sesuatu hasil karya itu melalui mata dan minda, maka
kita akan dapat mencerna intipati sebenar di dalam foto2 tersebut, bukan pada
cantiknya semata, tetapi juga kita akan dapat merasai kegembiraan, kesedihan,
kesenangan serta kesusahan yg terungkap bila kita menatap foto itu. Kita juga
mungkin dapat menelah tujuan foto tersebut diambil.
Alhamdulillah satu dari fotoku ini berjaya melepasi tahap kedua untuk GAWPC 2014. Namun aku percaya foto2 ku yang lain tidak "GAGAL" cuma BELUM WAKTUNYA. SEkiranya foto ini gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya, bermakna waktu untuknya belum TIBA.
Foto yang bagus ni ibarat ‘kebenaran’ yang akan timbul juga
walau pun cuba di benamkan. Khalayak akan ‘perasan’ akan kewujudannya dan
akhirnya akan mula mengangkatnya. Aku suka menghantar foto2 ku untuk
pertandingan foto. Terdapat banyak foto2 ku yang ku rasakan bagus tapi tidak
berjaya menarik perhatian para juri. Aku tidak bersedih atau berasa lara,
kerana aku yakin ‘setiap foto mempunyai masanya sendiri’…
Kita cuma perlu yakin dan percaya.
Sekian.
amat setuju...saya bukan pro...sekadar hobi..kdg rasa keliru adakah dianugerah 'bakat seni' atau sebaliknya. Sangat tetarik dgn foto2 saudara.
ReplyDeleteternyata foto ku yang layak utk top 200 itu gagal utk keperingkat seterusnya. tak mengapa, setiap foto ada waktunya.
ReplyDelete