Monday, June 13, 2011

PakSoh & MakEsah yang sporting!

Sepasang suami isteri yang masih lagi mesra walau sudah lanjut usia.

Entri kali ini adalah berkenaan dengan sepasang suami isteri warga emas yang sangat sporting! terutamanya dengan anak2 muda yang melayan fotografi potret. PakSoh dan MakEsah tinggal di sebuah rumah kampung tradisi di Cabang Empat Tok MekNgah, Tumpat, Kelantan. Rupa dan keadaan rumahnya masih sama dengan rumah2 orang kampung di Kelantan sekitar awal 70'an.

Rumahnya terletak di tepi bendang, di depan dan belakang rumahnya terdapat pokok2 buluh. Manakala dihadapan rumahnya berdiri sebuah 'baluh' atau rumah simpan padi yang di perbuat dari buluh. Di tangga rumahnya terdapat tempayan yang digunakan untuk membasuh kaki, manakala dihalaman depan rumah juga terdapat sebuah perigi yang masih lagi di gunakan untuk mandi manda.

PakSoh, amat gemar beraksi bersama sebatng rokok... :)

Kegiatan seharian PakSoh dan Mak Esah adalah berkisar sekitar kampung dengan memelihara lembu serta bercucuk tanam. PakSoh masih lagi menambat lembunya di bawah rumah apabila malam menjelma.

Kini PakSoh mempunyai pekerjaan sambilan iaitu menjadi 'model' kepada para fotografer dari sekitar daerah tersebut. Terima Kasih kepada ABE LESS kerana telah memperkenalkan PakSoh kepada kami. Dengan cara ini dapatlah PakSoh sedikit sebanyak duit poket atau duit rokok, setiap kali 'beraksi' di depan kamera. :)

MakEsah, merenung jauh ke tengah bendang...

PakSoh mempunyai raut wajah yang 'makan gambar'. Disamping itu beliau juga sangat mudah bekerjasama serta sabar dengan karenah2 para fotografer. Beliau seolah2 faham akan keinginan fotografer untuk mendapatkan shot yang baik. Aku telah beberapa kali mengambil gambar beliau dengan pelbagai tema. Yang pasti setiap kali selesai sesi, pasti aku mendapat beberapa keping gambar yang sangat memuaskan hati. Maklumlah modelnya dah semakin 'pro' hahaha.


Gambar Pak Soh yang aku ambil ni telah disiarkan di majalah Photography Monthly UK.

3 comments: