Wednesday, December 27, 2017

1.07TB … Kegilaan Apakah?

Trip aku ke Dhaka , bangladesh pada 8 hingga 18 disember lepas merupakan yang pertama, harapnya bukan yang terakhir. Sudah lama aku berkeinginan ke Bangladesh, akhirnya berpeluang juga menjejakkan kaki ke Dhaka bersama beberapa teman fotografer. Trip kali ni aku membawa bersama beberapa kamera fujifilm dengan tujuan JELAS… iaitu MERACUN rakan2 segrup. 

...bot2 penambang di sungai Burigangga


Tanggapan pertama ku tentang Dhaka? … GILA!!! Tak pernah lagi aku melihat keadaan kota yang begitu sibuk dengan lalu lintas yg kucar kacir sebegini. Kota lamanya (old dhaka) di penuhi dengan ribuan beca yang bergerak laju seolah2 jalan raya mereka punya. Tidak kurang juga denga CNG atau tut tut yg bersimpang siur memotong kiri dan kanan. Begitu juga dengan bas2 yang berdinding calar balar memenuhi jalan2 raya Dhaka. Masing2 bersesak sesak ke tujuan.

... penambang di sungai Burigangga, Dhaka. satu bot upahnya sekitar 50 taka atau rm2.50.


Sudah menjadi kebiasaanku bila travel, aku akan membawa sebanyak mungkin kad memori, bukannya kerana tamak, tetapi aku selalu beranggapan, Alang2 seluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang2 ambil gambar biar sampai tak habis tengok! Hahahah.
... sebahagian dari kamera yang di bawa.


Empat kamera fujifilm aku bawa bersama iaitu X-Pro2, X-T2, X-T20 dan X-E3 serta bersama 8 biji lens, 35mm f/2, 35mm f/1.4, 16-55mm f/2.8, 10-24mm f/4, 50-140mm f/2.8, 50mm f/2, 14mm f/2.8, dan 56mm f/1.2. kesemuanya adalah pinjaman dari Fujifilm Malaysia.

... dimana2 saja aku travel, aku dapati kanak2 merupakan subjek yang menyenangkan untuk di foto.


Ramai fotografer yg mendengar tentang kelebihan menggunakan kamera fujifilm X ni, namun mereka masih lagi agak ragu2. Aku selalu berpesan pada rakan2 fotografer. #nevaseyneva…. Hahaha kita kena sentiasa terbuka kepada teknologi baru. Memandangkan sistem mirrorless ni adalah relatif baru, jadi layan dan beri ruang dan peluang, mana tahu ianya sesuai dengan keperluan kita. (untuk aku, memang sudah terjawab)

... Firdaus ... masih lagi pening nak pilih?

Peluang berkumpulnya geng fotografer ini aku gunakan untuk memberi mereka peluang mencuba kamera2 tersebut. Antaranya adalah Su Seng, Firdaus, Aman, dan Sally. Dan masing2 tersenyum puas selepas menggunakannya, dua orang dari mereka bercadang mendapatkan kamera Fujifilm setelah kembali ke Malaysia. Hurmmm… nampaknya MISI berjaya. :D

... kabus Disember di Dhaka memang menjadi salah satu elemen yang kami kejar2.



Berbalik pulak pada diri aku… kegilaan Dhaka telah membuat kegilaan aku memetik shutter kamera membuak2 hahahah. Mana taknya. SD kad berlambak. Bateri spare tak pernah habis. Tinggal petik shutter sajalah. Nampak gayanya kegilaan itu benar2 membawa PADAH! Kerana pengakhirannya adalah aku membawa balik stok foto yang bersaiz 1.07 TB. Gila kan? Memang GILA!!

... Dhaka tetap berkabus sehingga menjelang tengahari.

Tuesday, December 5, 2017

WOW! KLCC


Kadang2 aku terasa seperti orang bebal kerana memotret subjek yang sama berulang kali. Pengalaman berulang ulang mengambil gambar bangunan KLCC menyebabkan aku terasa seperti orang bodoh!




... tiga gambar di atas di ambil dengan Nikon D3


Setiap kali aku mempunyai atau dapat mencuba kamera baru, kepala otak aku akan terpikir tentang gambar KLCC dari sudut tamannya. Natijahnya, selama tahun2 terakhir ini aku banyak memotret KLCC. Mungkin ramai dari korang yg perasaan dan terasa bosan? Hahahah…


...  di ambil dengan Samsung NX1


... di ambil dengan fon Samsung Galaxy S7e


KLCC itu merupakan mercu tanda Malaysia yang tiada seumpamanya di dunia ini rekaan arkitek termashur dunia, Cesar Pelli. Memandang bangunan itu, bagai memandang hasil seni di dalam galeri. Masih mampu mengujakan aku walau selepas bertahun2.


Fujifilm GFX50s


Pelbagai xperimen yang aku buat terutama dengan WB dan warnanya. Aku cuba mempelbagaikan ‘rupa’ KLCC dengan beberapa jenis kamera termasuklah dengan fon pintar. Beberapa tahun dahulu KLCC lebih mudah dipotret kerana tiada bangunan2 tinggi lain di sekitarnya, berbeza dengan sekarang.


Fujifilm GFX50s


KLCC juga seolah2 bertukar warna bergantung kepada waktu ianya di ambil. Sungguh mengujakan. Pernah aku bawa beberapa rakan fotografer dari beberapa negara luar untuk memotret KLCC, dan mereka menyatakan kekaguman terhadap bangunan tersebut dengan satu kata shj… “WOW!!”
Manakala kita? Yang memandang nya setiap hari… pandang pun sebelah mata! Meh aku kongsikan foto2 KLCC yang aku ambil dalam masa beberapa tahun ini.



... kedua2 diatas diambil dengan Fujifilm GFX50s

Sekali pandang gambar2 di atas kelihatan hampir sama. Ya betul ! kerana subjeknya sama. Namun jika di teliti kesemuanya mempunyai 'karekter' yang berbeza kerana ianya di ambil di waktu berlainan, dengan sudut sedikit berbeza. Kesimpulannya setiap subjek yang kita rakam secara berturutan, berterusan masih mempunyai perbezaan dan ianya bagaikan mempunyai roh yang berbeza!

ADIOS!

-->



Tuesday, November 28, 2017

GFX50s vs Hasselblad H6D 50c



....diedit menggunakan LR dan CC

Peluang 'merasa' menggunakan dua kamera medium format yang HOT dewasa ini jarang2 kita boleh dapat. Hari ini aku dapat peluang menggunakan Hasselblad H6D 50c bersama lens 80mm f/2.8 dan Fujifilm GFX50s bersama lens 32-64mm f/4.


Ini bukan lah 'pertarungan' nak cari yg mana lebih bagus. Kerana hakikatnya kedua2nya terbaik secara tersendiri. Hanya fotografer yg terlibat yang akan menambah NILAI terhadap mana2 kamera.  Secanggih mana pun kameranya jika fotografernya kurang ilmu serta tidak mahir selok belok kamera terlibat maka hasilnya pasti akan mengecewakan. Apa lagi jika kita mencubanya untuk sekejapan waktu. Jadi ini bukanlah keputusan muktamad. Ianya sekadar untuk melihat apakah perbezaan yg ketara diantara keduanya. Memandangkan kedua2nya berkapasiti 50MP. Terutama dari segi kebolehan keduanya menangani cahaya dan bayang.

editing di LR


Kamera yang bagus mampu menangani masalah perbezaan ruang gelap dan cerah yang melampau. Dalam ujian ini aku jalankan dalam studio dengan situasi cahaya terkawal. Pun begitu di sengajakan dengan menggunakan satu strobe agar keadaan bayangan dan cahayanya lebih mencabar.

editing di LR


Jika kita lihat foto2 kedua2nya yg tidak diedit kita akan dapat lihat tiada detail di bahagian bayang. Namun bahagian cerah masih lagi terkawal. Jadi proses 'menarik' detail dari bayang di lakukan dengan berhati2 dan kita boleh lihat hasilnya kedua2 kamera ini mampu memberi persembahan yang mantab. Jelas sekali kedua kamera ini mempunyai toleransi Dynamic Range yang tinggi. Sebetulnya kedua2 foto itu masih boleh di cerahkan, tetapi memandangkan aku memang berkehendakkan potret kunci rendah, maka rasanya ini sudah mencukupi.

Akhir kalam, bolehlah aku katakan bahawa kedua2 kamera ini mampu menangani projek fotografi anda dengan sangat berkesan. dan klien korang pun pasti berpuas hati dengan hasilnya. Berkenaan dengan harga pula tak perlulah aku nyatakan di sini kerana H6D tu adalah Ferrari bagi kamera. Manakala GFX tu pulak Merc S class hahahah... tapi kedua2 kereta mewah lah. Apa apa pun tepuk dada tanya POKET. Kalau tanya hati memang lah nak! huhuuu...
ADIOS!

Thursday, November 23, 2017

Siri "SMOKERS" ku



Aku memulakan siri smoker atau perokok ni semenjak tahun 2007. Sekarang sudah sepuluh tahun aku meneruskan siri tersebut. Rasanya dalam masa sepuluh tahun tu beratus2 potret orang merokok yang aku dah rakam. Ada yang lawa secara artistiknya dan ada yang biasa2 saja. Aktiviti ini aku buat di mana2 saja di dalam atau luar negara, kerana tabiat merokok ni sebenarnya sangat universal.






Anehnya foto2 perokok ku adalah antara yang paling popular di jaringan socmed ku spt di 500px, flickr, FB, atau IG. Ada yg mencecah puluhan ribu view. Terdapat juga komen2 yang mengatakan tentang bahaya merokok. Aku setuju tentang itu, namun harus kita ingat  tujuan aku memfoto perokok tu bukannya untuk mempromosi perbuatan merokok. Ianya semata2 kerana keunikan perlakuan itu sendiri. Disamping kelihatannya para perokok tu sudah tua, berumur panjang?






Ada yg mengatakan kesihatan yg baik bukan bergantung pada merokok atau tidak, di katakan penyakit diabetes membunuh 3 kali ganda dari penyakit berkait rokok dan kenapa kita tidak menghalang perbuatan makan coklat/gula2 ? HAHAHAHAH  itu kata mereka lah... aku sengaja tulis kasi panas line.











Apa2 pun aku hanyalah PENCERITA VISUAL, dan nikmatilah karya ku seadanya.







Monday, November 20, 2017

Sebuah Kota Sunyi bernama MANDAWA.



Kenderaan perlu melalui Gerbang Sonthalia untuk ke bahagian lama kota Mandawa.


Mandawa merupakan sebuat kota di daerah Jhunjuhu, Rajashtan India. Ianya terletak 190km ke utara Jaipur. Bandar ini terkenal dengan kota2 lama serta haveli (rumah banglo) kepunyaan para pedagang kaya di zaman lampau.




Rumah2 banglo atau haveli kepunyaan para prdagang dahulu kebanyakannya kosong tiada penghuni.


Kota ini mula di bangunkan oleh orang2 Rajput sekitar abad ke-18. Mandawa merupakan pusat perhentian / perdagangan karavan2 peniaga dari China dan Asia Barat. Kini, kota ini semakin sunyi. Haveli2nya tiada lagi berpenghuni, kecuali beberapa buah yg di jadikan hotel. Terdapat beberapa Haveli terkenal yg di jadikan restoran dan hotel.
Foto2 dibawah adalah merupakan bangunan lama yang masih lagi di gunakan sebagai tempat tinggal.










Namun, apa yang aku nak kongsikan ini adalah foto2 bangunan lama bandar ini serta keadaan di jalanan utamanya. Foto2 di bawah merupakan Jalan utama yang melalui bahagian lama Kota Mandawa. Tiada kenderaan dan kelihatan agak sunyi.





Salah sebuah hotel di Mandawa. Heritage Hotel Mandawa. (foto bawah)