Sunday, January 10, 2010

Wedding Photography...

Kali ni aku nak bercerita pasal fotografi orang kawin pulak. Genre fotografi ni sangat lah popular di kalangan fotografer di Malaysia ni, sementelah pula dengan perkembangan teknologi digital yang sangat pesat. Kalau sepuluh tahun dahulu, tak ramai orang boleh jadi fotografer. Kalau pun mampu beli kamera, tak berapa mampu pulak nak terus bergiat (terutama utk suka suka) kerana kos filem dan cuci yang tinggi. Berbeza dengan masa kini, anak berumur 12 tahun pun boleh ambil gambar, kerana harga kamera digital (SLR atau bukan) yang sangat berpatutan kini, pastu takyah kecoh kecoh nak gi cuci, tengok je kat skrin komputer atau tv.


Oleh sebab ini lah maka bidang fotografi kahwin kini telah menjadi sangat kompetitif. Pagi beli kamera, petang dah jadi fotografer. Ramai orang yang berasakan bidang ini adalah paling mudah untuk membuat duit. Tapi pada aku bidang inilah yang teramat payah nak buat duit, ha ha ha. Terlalu ramai fotografer yang sanggup menjual khidmat mereka di bawah harga pasaran. 

Laut bukan biru lagi, malah sudah bertukar menjadi lautan darah yang pekat dan likat

Hal ini biasanya di lakukan oleh fotografer yang menceburi bidang ini secara sambilan atau separuh masa. Mereka tidak kisah dengan bayaran ciput. Apa apa hal pun mereka masih ada gaji bulanan. Macam macam alasan yang di berikan: nak praktis lah! promosi lah! Walhal jika benar mereka ingin menjadikan bidang ini sebagai sumber kewangan, mereka mesti membantu mengekang harga kerana mereka tidak perlu risau kalau ketiadaan job! Mereka ada kerja tetap! 

Dengan adanya fotografer yang bersikap begini, maka seiring itu wujud pula golongan pelanggan yang dengan sengaja ingin mengambil kesempatan. Mereka mula membanding bandingkan harga yang mereka perolehi, cuba menekan harga. Kalau boleh nak bayar empat lima ratus jer. Kadang2 mereka masih minta diskaun, walaupun harga telah di persetujui. Addooii. Sikap macam ni tidak membantu industri langsung!



Hal sebegini amat membimbangkan aku, kerana aku adalah fotografer sepenuh masa. Waima apa genre fotografi aku layan. Janji di bayar. Peliknya dah banyak tahun aku bergelumang dalam bidang ni, dari part time sehinggalah full time, aku jarang mendapat job orang kahwin (boleh di bilang dengan jari). Adakah aku tidak pandai mengambil foto orang kahwin? Atau bakal pengantin berasakan portfolio aku tak cukup banyak? Aku nak lihat selepas ini kerana ironinya walaupun aku jarang shoot wedding, aku telah berjaya meraih gelaran 'PHOTOGRAPHER OF THE YEAR 2009, wedding category' majalah Digital Photographer, UK. 
keputusan penuh kat bawah:

Bukanlah aku nak mem'poyo'kan diri, cuma aku nak juga tahu apakah kemenangan ini akan memberi sedikit manfaat keatas kerjaya aku ini. Ha ha ha, jika kemenangan2 aku di masa lepas, telah menyebabkan aku menerima ayat.. " client takut kau caj mahal...

ErrKK...  cam tu la pulak!

kemenangan kali ini diharap dapat membantu aku menembusi genre ini dengan lebih jauh lagi.

Sekian!  :)

12 comments:

  1. tahniah for the award bro. keep it coming

    ReplyDelete
  2. tahniah untuk kau juge!! baru world... ha ha ha.. camana sebok pun kita cari masa masuk benda2 camni... takyah komen2 belakang bila ada orang menang... :D

    ReplyDelete
  3. Tahniah..! Agaknya, lepas ni jadi Wedding Photographer la pulak yer..

    ReplyDelete
  4. apa gambar pun saya shoot okeyyy...janji pengerasnya menepati piawai, kena versatail gitu!

    ReplyDelete
  5. wuuu... bro! tumpang bangge lah! rasanya dah tiba masa bro menvariasikan produk dari hasil fotografi kepada pendidikan fotografi... profile bro cukup meletup dah! bak kata bro, setiap hari akan lahir photog2 yg baru maka wujudlah satu industri yg baru iaitu pendidikan fotografi... ramai yg dahagakan ilmu seperti yg bro miliki... apalagi bro? bikin satu BESAR PUNYE!!! fotoshooting mania...

    ReplyDelete
  6. congrate yaman...all da best bro...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Apaches: Boleh di pikirkan tu...

    Ise: Thanks bro.... :) aku sentiasa salut dedikasi kau pada fotografi...

    ReplyDelete
  9. ada tiga orang baru beli kamera,dapat job wedding, nikah di Kuala Pilah dengan sanding dan sebelah pengantin lelaki buat kat Senawang, mereka charge all in RM650.00..agaknya berapa untung mereka ni.

    ReplyDelete
  10. ha ha ha... masuk angin keluar asap la tuuhhh...

    ReplyDelete
  11. find another Laut Biru..i like your mindset anyway.

    ReplyDelete